Tersentuh sangat tengop gambar ni. Gambar ni amik kat daddy.. Umi and Abah, mertua ku a.k.a tok Abah Aqeel. Walaupun mereka bukan ibu bapa kandung aku, dan aku dan daddy hanya kini kawan yang sangat baik aku tetap sayang mereka tak tumpah macam ibu ayah aku sendiri. Abah recently tak berapa sihat, last 2 weeks kena admit kat hospital selama 2 minggu kerana masalah jantung tak stabil. Sedih sangat waktu dapat berita macam nak gugur jantung risau teramat sangat sebab selama ni abah sihat walafiat.. Pandang muka Aqeel & bgtau dia, Aqeel pun sedih dan risaukan tok abah. Memang Aqeel manja sangat lah ngan tok abah & nenet. Cucu satu-satunya belah daddy. tu la pasal. Bayangkan Tok abah siap suruh nenet bubuh gula kalo buat susu untuk Aqeel, tawar katanya susu budak-budak.. macam-macam lagi lah. Camtu lah sayang nya abah pada Aqeel, anak aku merangkap cucu satu-satu dia. Ye la hakikatnya abah dah tua.. Abah yang aku kenal adalah seorang abah yang teramat baik dan antara lelaki dalam hidup aku yang teramat aku hormati termasuk juga daddy. mungkin dia pun tak tahu setinggi mana aku menghargai kasih sayang dia pada Aqeel. Dan hakikatnya tanpa kusedar barangsiapa sayang Aqeel aku juga memang akan sayangkan mereka. Kesian umi, tentu terasa bila abah kena admit 2 minggu, derang tak pernah berenggang walau sehari ~setahu aku.. Semoga Allah melindungi dan merahmati mereka ke akhir hayat. Ly sayang umi dan abah sampai bila-bila.. Tuhan je yang tahu. Ya Allah ko tenangkan hidup mereka sekeluarga selagi mereka bernyawa.. Amin..

2 comments:
lama x jumpa man... hmmm....
biasa la encip chef tu sibuk, nnt free2 kita lepak ngan man ok :)
Post a Comment