Talking about friendship, there’s no end story. memasuki alam persahabatan, secara otomatik kita membuka pintu kepada perkongsian kegembiraan, kesedihan (sepatutnya lah) Tapi ironi nya, kita juga membuka kepada potensi kekecewaan dan segala jenis ke.. bergantung kepada tahap kritikal atau tahap biasa saja ‘ke’ itu. Bukan lah nk bersikap skeptical atau prejudis, tapi di episode kali ini, aku nak story pasal negative side of bersahabat dan membuka pintu kepada sahabat yang sahabat ker ni? Apa-apa pun, baik atau tidak biarlah kita sentiasa berhati-hati dengan perangai orang2 yang nak dibuat kawan. Kejap kawan kejap sahabat, apalah aku ni. Makna sama kan? ok, Kalau salah memilih kawan, ia akan mendatangkan ‘harm’ kepada kita. Apa eh bahse melayunya harm ni? Bukan hama tapi harm. Eh lu tengok kamus sendirilah eh. lemak banyak lah lu ni. Teman nk cite, spesis2 kawan bertoksin adalah jenis kawan yang cubalah dihindarkan. Kalo takat toksin celah2 gigi ok lah maafkan je lah, takda manusia yang sempurna maa. Toksin yg membunuh tu, lu sendiri mau ingat lah. Hasil kajian diri sendiri mendapati ada 9 jenis kawan bertoksin dalam dunia ni. Ce cite ce cite… ha nak cite la ni. (sila lah tepuk tangan! ;p)
Pengguna
Bukan pengguna maxis or digi ye. kawan jenis ni suka gunakan orang untuk kepentingan atau matlamat dia semata-mata. Contohnya nak dapat kan tender, pojek, nak dapat perhatian, nak dapat belanja makan, nak pinjam duit sampailah ke hal-hal kecik nak tumpang moto or kete ko semata.. ye hurt truth, Ni spesis2 pengguna tak bertauliah lah dan tak tau malu. (Kalo win-win situasi takpe lah kita sbg kawan, janganlah berkira sgt beb. ko ingat leh bawak mati ke moto ko menang tu? hiks) tapi bila ko dah takda kepentingan, dia ilang cari org len pulak yang bole mudahkan dia. Wah3 inilah muka tembok yang kena paku lg baguslah aku ingat..
Pengkhianat
Takda yang lebih menyakitkan selain pengkhianat ni. Sama lah jugak pengkhianat ni dengan tikam belakang. Belakang ko, abis dia canang cerita, benar @ yang tak benar apatah laginya. Lagi lah lahanat pengkhianat tegar ni. Tapi jangan risau, biasa kawan camni mudah nak detect. Cos life is like a circle, dia khianat sana sini sudahnya tembelang pecah jua. Ko tunggu dan lihat saje. And korang pun bole tengok circle of friend dia adalah kawan-kawan yang terbaru sahaja, dan kalo nampak kononya ramai tu pun bukan lah kawan yang dah kenal hati budi dia or jangka masa lama, arakian kawan berkenalan di fb sahaja, kesian. Ini kerana kawan begini tidaklah setia pada kawannya begitulah sebaliknya dan tidaklah kuasa kawan yg dah terkena n tau true color nk setia pada spesis pengkhianat ni, obviously. Helowww~ Apa dia ingat dia mengkhianat tu takda yang menyampai? lupa ke circle of friend dia juga seperti dia? So, What u gives u get back der..simple kan? ;)
Menguasai
Dia suka nak menguasai persahabatan dari segi material atau tenaga or masa. Poyo-poyo lah macam suka membantu tapi sebenarnya cuma nak tunjuk kuasa dialah yang paling terer boleh bantu orang, boleh bagi itu ini, bagi adiah, bagi duit, paling caring, walaupun diri sendiri tak tertolong. baginya persahabatan itu boleh dibeli? Tolong lah.. Apa pun ada juga yang iklas membantu, pandai-pandai lah korang membezakan ye.
Hakim
Dia ni jenis kawan yang asik menghukum, asik mengkritik, takda lah reti nak memuji, asik mengkritik je retinya. Memang kawan yang baik akan mengkritik kawan nya, tapi agak-agak lah ye. Kalo yg baik tu bawak2 lah puji pulak. kritikan pun biarlah membina, tapi kalo yang kritik je tau bila buat kebaikan pun dikutuk dan diperli, kawan camni cuma akan buat korang rasa rendah diri. Kalo ko jenis sensitive lagi lah naya. Kalo yg suka memuji je pulak kang kata hipokrit pulak. Jadi biar lah berpada-pada..
Pemecah amanah
Dia ni biasa tak buat apa dia cakap. Tak serupa bikin. Kalo janji manjang nya kelentong. Kalo kata nak jumpa tu memang sudahnya tak jugak. Kalo meminjam buat-buat lupa. Alasan demi alasan suka diberi dan sanggup menipu walaupun sanggup kuar cite nenek mati. Brapa kali nenet dia nak mati tah. Pembohong. Dh la mungkir janji menipu plak tu. pastu kita tau kebenaran, hai2 bye2 lah. Kalo sekali dua boleh dimaafkan, tapi kalo dah setiap kali berjanji, tapi asik rasa masa dia je emas, masa orang lain itu sampah, tak adil la kan ?
Pengumpat
Ha ni sepsis bahya. Lebih kurang parasite. Gosip je keje. Sama gak ngan kawan pengkhianat. Apa saja boleh jadi bahan cerita akan diceritakan walaupun membuka aib kawan baik sendiri. Kadang tu bukan dia saja, tapi sebab mulut tu mmg spesis mulut tempayan dan pantang orang bertanya, laju je dia bukak cerita, (seb bek tinggal nak sentel sireh je) Pastu biasalah kalo dah nama pun mengumpat kebenaran cerita belom lah tentu benarnya, kalo benar mesti dia cerita depan orang kena ngumpat tu. Bole gak clarify betul ke tak. Ni mmg jenis saja2 lah suka bawak mulut. Dia suka dgr org lain ditertawakan dan dikutuk walaupun kawan dia sendri. Kalo memuji tu ada lah tu karang yang kata.. alah.. bla..bla.bla..Bila kawan kurang, ko ngumpat, bila kawan lebih ko lagi la ngumpat. Sign of loser. Terima lah hakikat sahabat yang baik takkan meluat dan mengumpat pada kelebihan seorang sahabatnya tapi sepatutnya berkongsi gembira dengan kebahgiaan sahabat nya yg lain. Sebab tu perangai mengumpat lg teruk dari mebunuh dan makan daging saudara sendiri. Ngumpat kawan sendiri pulak tu. Euw. Kejam dan keji!
Pentingkan diri sendiri
Dia asik pikir dia and sibuk dia je.
Pesaing
Dia suka nak jd no 1. paling atas. Tak boleh la kalo ada lg pandai, lg cantik, lagi lebih perhatian diberikan, lagi suci, lagi comel, nak2 lagi disayangi among others.. Mmg akan panas hati kawan pesaing ni. Depan dia boleh jadi semanis2 mulut tapi hatinya.. tu dia.. ada je la tu kang nak dijatuhkan. Pedulikkan je kwn camni~pegi makan hati lah ko kat situ..
Pengharap
Kawan jenis ni dia terlalu memerlukan kita dan sentiasa ada dgn kita bila kita perlukan. Tapi masalahnya mudah rasa cemburu bila kita berkawan dengan orang lain. Padanya kita adalah sahabat dia sorang. Dia boleh jd tak tidur malam cemburukan kemesraan kita pada kawan lain. haiyoo.. jgn itu mcm la dear friend..
Sepotong ayat penah aku baca, “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” Wallahualam










2 comments:
nice article lily.. Is true... Itulah kawan..itulah sahabat.. Anyway.. i'm glad knowing u...
i'm glad knowing u too :)
Post a Comment