Bismillahirrahmanirrahim..Blog ni paling istimewa buat insan-insan yang saya sayang, you know who you are, juga khas buat kenangan & buat bahan gelak diri sendiri satu hari nanti. Worry less, hope more, eat less, chew more, complain less, breathe more, speak less, tell more, hate less, love more, and everything good in your life will be yours and i will always remember that People are not known for the time they lived, But by the memories they left behind~ Sesungguhnya yg baik datang dari Allah tapi yg tak baik datang dari saya sendiri. Selamat membaca, hope nothing hurts nobody :)

Monday, October 17, 2011

Budak kejam 16 tahun kelar bayi yang baru dilahirkan


BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.
Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.
Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.
P/s: Tahniah. ko boleh jadi pemotong sayur berjaya bila dah besar nanti, eh budak!

4 comments:

jejaka anggun said...

butcher pun oke, aku rasa...

Anonymous said...

aku cam tetiba nak mintak off day nak gi kelar lak bdk tu!! marah smp tahap x tekata pape dah neh!! haihhh

Marlena Aqeel said...

sapa anonymous ni? aku nk approve kan off day ko ni.. keh3

Shah Zamri said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment