Hi Blog, last weekend, 12 March 2011, had an invitation to a lovely weds day, Suhada and Faizal di Kluang, a day trip yang agak rushing sebab semalamnya singgah genting pulak jumpa Anne sementelah nak bagi her besday present (even it falls on 22 March) but dah alang-alang she turun KL from JB and nak jumpa aku, 3 bulan awal Anne dah book my schedule. wuwu terharu. jadi, demi kawan-kawan setia, aku sanggupkan diri, apa lah sangat dibandingkan tanda ingatan selalu dia selama ni kat aku. InsyaAllah.. Then, alhamdulilah the next day tuhan bagi kesempatan mengotakan janji aku kat sorang lagi sahabat, wedding Sue kat Kluang. Semoga berkekalan ke akhir hayat & dikurniakan anak-anak soleh dan solehah buat kalian.. Amin.
invitation card for sue weds, tag kat fb je ye.. teknologi2.. :)
inilah dia pengantin baru :)
ni lah sempat singgah jumpa Anne, kami di Starbuck coffee first world hotel genting for few hours saja.
As usual asal balik Kluang, aku rasa macam-macam. Suka, duka, rindu dah syahdu. lebih pada syahdu la dari lain-lain. haih. Di Kluang lah aku dibesarkan sebelum berhijrah ke KL and to the other side of the world. Walaupun family jugek dah sangat lama berhijrah ke KL, tapi tetap sampai bila-bila Kluang jauh tersemat di hati aku yang paling dalam (boleh blah tak?) Betul lah kata org sedangkan tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat dilahirkan & bermain. Since family berhijrah, apatah lagi sejak arwah mak meninggal di Klang Selangor (tak lama selepas berhijrah ke KL in 2001), lagi lah tak kerap langsung balik. Cuma setiap kali balik, terasa sangat dekat dengan arwah mak. Memang few months ago couple times ada balik kampung halaman tapi cepat-cepat nak balik KL. Tah la blog. Lagi lama aku kat sana lagi sedih rasa hati aku terkenangkan kenangan2 dengan arwah mak dulu. yang kali ni balik sempat tengok puas-puas perubahan kat Kluang. to be specific kat mana aku ulang alik gi sekolah rendah, sekolah agama, tempat port pontem skolah ;p nak kata the whole Kluang tu takda la aku familiar sangat walaupun aku lahir kat sana. ye aku cuba cari perubahan, tapi takda! Ironic. Totally the same. termasuk papan2 tanda yang masih sama dengan lebih 10 tahun yang dulu. Dahsyattt! tu je aku boleh cakap. tak sangka. takda orang nak tukar ke? aku boleh nampak cat rumah-rumah masih sama, signboard gas petronas yang sama kat tiang lampu, serious banyak yg sama kecuali semuanya dah usang ditelan belasan tahun. Aku ingat takkan ingat dah jalan-jalan kat Kluang, tapi bila lalu, it bring lots and lots of memory cos it's still remain the same, macam tak berusik. Papan tanda lorong umah aku gi ngaji (khatam 2 kali oke), lalang tepi jalan dia macam lalang yang sama tak panjang-panjang ke? Ke mata aku yang di stand still kan ke 10 or 13 tahun dulu? ke fikiran aku yang terbawak ke many years dulu? Seriously. Too much memories of life, susah dan senang wif family, friends, especially beloved mom. Jahat la memory ni. Ah tamoh lah cite sedih. Period. terlalu kusyuk,tak sempat amik gambar. ~sigh.
Aku sempat la pekena roti bakar stesen ketapi Kluang ngan kopi kaw dia. Acara wajib lah kalo aku balik Kluang kena pekena. Masih sama jugak kondisi stesen ketapi yang dulu aku selalu nek balik Tampin. Again, period. Nak jumpa kawan-kawan tak sempat, ramai pun dah takda kat sana time-time camni kecuali lah time hari raya kot. Maaf ye kawan-kawan sepersekolahan, kalau ada sumur di ladang boleh aku tumpang mandi, tapi sumur takda. kalo ada umur panjang kita jumpa lagi :)
ni salah satu jenis roti bakar yang ada. aku balun 3 set roti bakar itu hari ;)
2 comments:
memang syiok ini kedai... Anyway.. ingatan terhadap mak tetap akan utuh.. kenangan bersama dia akan buat kita tersenyum dan menangis... sabar ek...
an..an an.. tedey :( ko pun sama. be strong!
Post a Comment