Bismillahirrahmanirrahim..Blog ni paling istimewa buat insan-insan yang saya sayang, you know who you are, juga khas buat kenangan & buat bahan gelak diri sendiri satu hari nanti. Worry less, hope more, eat less, chew more, complain less, breathe more, speak less, tell more, hate less, love more, and everything good in your life will be yours and i will always remember that People are not known for the time they lived, But by the memories they left behind~ Sesungguhnya yg baik datang dari Allah tapi yg tak baik datang dari saya sendiri. Selamat membaca, hope nothing hurts nobody :)

Sunday, February 27, 2011

Teater terima kasih cinta~


24 february lepas aku gi tengop teater terima kasih cinta dengan geng samseng sg buloh--tak lain tak bukan, Kak Gee, sorang lagi, nak kata samseng tak samseng. nak kata tak samseng, kira samseng gak ar sejak-sejak dah potong rambut mohawk ni. Lama tak sempat nak layan teater, last tengop cite musical P.Ramlee. 

Teater ni boleh tahan la, pasal 5 percintaan tua dan muda, ketama cinta seorang budak perempuan kg datang kl cari boifren yang dah ngandungkan dia, ended up happy ending jumpa pak sanggup yang amat cintakan dia dilakonkan oleh Vince. Vince adalah bodo-bodo alang dalam cerita ni. tapi dalam banyak-banyak plot percintaan, yang ni paling aku x berkenan. tak musim dah kot cerita budak-budak skema camtu. boring skek even lakonan mereka not bad tho.  Kedua, cinta akak kepada adik, ha yang ni mampu buat aku tersentuh antara kelima-lima plot. mengisahkan pengorbanan seorang kakak yang sanggup mendermakan buah pinggang kepada adiknya walaupun mereka sering bertengkar kerana salah faham adik dan  kakak walhal dek kalo dah namanya pertalian darah. mereka amat menyayangi.  bunyi cam drama biasa tapi aku memang tersentuh bab-bab keluarga ni. Ketiga,  kisah seorang suami tua yang berpenyakit Alzheimer (kejap2 lupa- aku panggil nyanyuk je) dah kehilangan isteri yang meninggal, kehulu hilir dok bawak jam pemberian arwah isteri, ye lah dah kena penyakit tu, kalo tak aku rasa kehulu hilir bawak bini muda lah pulak.. (jahat aku kan?) yang plot pacik ni aku dok bantai gelak. (patut mood kena sedih ni) kenapa aku gelak biar lah aku je yg tau. sebab bila sebut kat sini cam kuang hajo plak, ngee..bila jumpa macik owner cafe tu cam nak ilang je penyakit dia tu aku tengop. (gelak lagi) Keempat, cinta isteri yang pudar pd sang suami yang penyayang tapi katanya asik sibuk je cari duit. abai keluarga, takda masa ngan anak bini. alasan je tu... kira nya isteri kurang kasih sayang pastu ada orang lain. plot ni aku suka pasal memang realiti masa kini banyak berlaku. ke last, cinta wanita dah 30-an kot. tak kawem2 dok tnggu boifren tak bleh pakai tak masuk2 minang. sampai dah nek kertu. ke dia bercinta ngan laki orang aku tak pastilah pulak. tidak lah pulak diberitahu. tapi biasa cenggitu la.. dok bercinta ngan laki orang ..dengan harapan. sengal. padan lah muka. 

Overall, pd pandangan aku yang sapa lah aku ni, ok la cite cinta ni. Cuma mungkin jiwa aku ni tak berapa boleh pergi kot ngan cite-cite camni. melainkan kot la kisah-kisah cinta ni ada yang kena mengena ngan kisah aku, baru la feel kot? aum! tapi sayang, cite cinta orang lain tak brapa aku nak feel. ahaks.

rating-- aku bagi 3.5 out of 5 tapi lakonan pelakon-pelakon, cun!  not bad, tapi blom dapat tandingi cerita musical P. Ramlee or jauh sekali musical "Cats". but still, tahniah pada industri teater yang semakin meriah. suke! suke! suke!
samseng sg buloh yang aku cakap tadik





ni yang kini imam muda. dulu samseng gak lah ;p

2 comments:

jejaka anggun said...

arituh x dapat gi lah... last minute baru nak bgtau.

Marlena Aqeel said...

biasa la shaz, aku kan ms last menet. takpe next time kita gi sama k..

Post a Comment