Bismillahirrahmanirrahim..Blog ni paling istimewa buat insan-insan yang saya sayang, you know who you are, juga khas buat kenangan & buat bahan gelak diri sendiri satu hari nanti. Worry less, hope more, eat less, chew more, complain less, breathe more, speak less, tell more, hate less, love more, and everything good in your life will be yours and i will always remember that People are not known for the time they lived, But by the memories they left behind~ Sesungguhnya yg baik datang dari Allah tapi yg tak baik datang dari saya sendiri. Selamat membaca, hope nothing hurts nobody :)

Monday, February 7, 2011

Hiking at Broga Hills ~ Indahnya alam ciptaan Allah

1 Jan 2011 & kedua kali nya 8 Jan 2011. Akhirnya berjaya jugak aku menjejak kaki dua kali kat Broga Hills dalam tempoh dua minggu. Berturut-turut pulak tu sempena tahun baru 2011. Dah lama terhajatkan nak hiking lagi. Agak-agak aku ada lah 3-4 tahun tak buat aktiviti macam tu lagi. Alhamdulillah permulaan tahun baru yang baik. Spt org lain, aku gerak dari KL-semenyih around 0530 naik atas sampai puncak kejap je dalam 30-45 minit. (tengok tahap kelajuan masing-masing la ye) Motif, dapat tengok matahari terbit. Indah. Pemandangan yang sangat indah, angin kuat kadang-kadang sepoi gak, sangat menenangkan.

Pengajaran yang aku dapat, back to nature is always the best to back to yourself, mengenal diri sendiri, mengenal pencipta kita yang Maha Besar dan Maha Berkuasa. Satu lagi pengajaran yang aku dapat.. Semput. Dah tua kot. (ha tu kira mengenal diri gak tu) (kah3) semput gila, naik bukit je tu. Dulu rilek je aku panjat gunung 4-5 jam punya mendaki. Tapi mungkin sebab bukit agak curam dan non-stop punya hiking. Teringat zaman hiking waktu muda-muda, satu waktu dulu bukit terjauh pernah aku hike Bedford Hills kat countryside of New York, best. Rindu saat-saat tu ngan rakan seperjuangan naik bukit.  Tu dulu. dulu muda seminggu 2-3 kali naik bukit takpa. Sekarang... I did it anyway! phew! ;) Bila la eh nak naik gunung lagi. *hurm*

Gambar-gambar untuk dua-dua sesi hiking ;)

Pemandangan matahari terbit yang dinanti-nantikan.

  Cari apa yang berbeza. Kasut aku sebelum dan selepas. Putus. ahaks.
 Misi ketama kami naik broga subuh-subuh berjaya. yahu! ;)
Bukti angin kuat. rambut aku dah macam org gila ;)
layan eskrem pas penat naik bukit. bakar lemak la sangat ;)
 gambar gedik aku masa nak gerak dah trip ketama. ni pintu masuk dan pintu kuar berkelapa sawit. parking dalam ni RM2 okeh! nak free park luar. (dalam hutan pun kena bayar parking.chis)
Ni trip kedua hiking~ geng lebih ramai. walaupun last minit aku roger ;)
 angin kuat lagi. syok!
 ni puncak broga. chis aku missed!
 ni salah satu gambar aku suka. jadi saja letak. jangan marah ;)
 ni salah satu view kat atas. banyak lalang. 
 ni salah satu view keadaan naik bukit camne ye. yang ni tak curam sangat. yang curam takda sapa amik gambar sebab cameraman tengah sibuk mendaki der...

2 comments:

sicKo^ said...

Dari aritu nak try naik Broga hill ni, tapi asyik tak jadi jer... Lepas ni try lar bukit apek @ cheras lak.. :p

Marlena Aqeel said...

try jgn tak try. bukit apek? katne tu?

Post a Comment