Bismillahirrahmanirrahim..Blog ni paling istimewa buat insan-insan yang saya sayang, you know who you are, juga khas buat kenangan & buat bahan gelak diri sendiri satu hari nanti. Worry less, hope more, eat less, chew more, complain less, breathe more, speak less, tell more, hate less, love more, and everything good in your life will be yours and i will always remember that People are not known for the time they lived, But by the memories they left behind~ Sesungguhnya yg baik datang dari Allah tapi yg tak baik datang dari saya sendiri. Selamat membaca, hope nothing hurts nobody :)

Monday, February 7, 2011

Pusat Sains Negara, Bukit Kiara ~ Dino Alive

Lagi cerita lambat update..ngeh3.


Last weekend 23 jan 2011, bawak Aqeel gi Pusat Sains Negara kat Bukit Kiara.  Idea asal pergi tengok exhibition Dinos Alive kat Pusat Sains negara ni adalah sebab ternampak gambar dalam facebook member yang upload gambar kat situ . Terus sangat teruja tak sabar nak bawak si budak kecip sementelah menatang ni memang lah tersangat peberet beliau. Kalau tau awal-awal dah pegi bawak dia. Suka sangat sejak azali si Aqeel tu wat aksi dinosor a.k.a raksasa yang menganga-nganga sampai kadang-kadang annoying aku dibuatnya.  Apa lah gaknya perasaan dia bila buat aksi tu ea? Rasa powerful kah? yang aku berbulu dan tak tahan tu kadangnya tangan aku yang jadi mangsa di soh sambung kat montot beliau menjadi ekor~ wuwu


Ha ni la nganga-nganga dinosor yg dia suka buat di mana-mana.nyampah! ;p

Setibanya kat pusat sains, agak kembam idum juga lah aku menjadi anak Malaysia kerana negara ini bukan je aman damai, dah la tu mempunyai sebuah pusat pameran sains yang agak menarik untuk dikunjungi. Science show dia pun not bad, mengajar sikit sebanyak pasal benda-benda remeh disekeliling kita,salah satu nya cara mereka membuat ubat gigi. ha ko mampu? caranya? aku lupa. (ngee) anyway, mengingat @ menghafal adalah perkara yang aku tak suka sejak dari sekolah. Kalo soh aku buat teori sendiri, aku SUKA! tapi kang ko tak sanggup baca plak. hiks. Macam-macam ada yang memberi pengetahuan kat sini, macamana kapal tenggelam, organ dalaman, faktor-faktor fisik, biologi, kejadian-kejadian di bumi. Pendek kata korang sah-sah ala-ala dibawakan semula ingatan benda-benda ni yang dah belajar kat sekolah nak-nak pulak yang macam aku kalo kat sekolah bila kelas sains tu tiba-tiba sakit perut datang. Malas menarnya nak hafal formula itu ini.


Orite, kalau dah blur taktau nak buat apa weekend, boleh lah korang bawak anak, somi, boipren, gofren ke sini. Yang penting weekend kami anak beranak terisi dengan berkualiti sekali (gimme five sama Aqeelsorous!)

Kat Pintu masuk dinos alive, dua ekor dinosor siap gerak-gerak lagi. aum!
 antara gambar kat dalam. banyak lagi malas upload kang ko malas tengok ;p
 semenarnya dia cuak
 yang ni kat bahagian pusat sains learning center untuk kanak-kanak. banyak lagi ada ;)

2 comments:

sicKo^ said...

sampai bila yek pameran ni? ke dah abis dah? nak gi gak...

Marlena Aqeel said...

ada lagi. kalo tak silap sampai bulan May 2011..

Post a Comment