Macam lama je tak update blog. Tak lama kot.. tapi sebab lots and lots of things been going on.. tak tau nak update yang mana satu. mana dan je lah. dan yang rasa penting-penting.. ni pun tunggu someone pick me up, beliau sangkut dalam jem, kalo bole aku update sesuatu pada 'waiting' time suntuk ni kira hebat gak lah aku ni. ahaks ;p
Anyway, di kesempatan ni aku sangat-sangat ingin mengucapkan Selamat hari raya aidilfitri setulus hati maaf zahir dan batin seandainya ada kata-kata kurang disenangi di blog aku yang tak seberapa ni. Mohon ampun buat sapa-sapa pembaca setia dan sapa-sapa blog walking di sini. Sedar tak sedar dekat dua minggu dah bulan Syawal. Belom telambat kot update cerita raya aku.
Tahun ni alhamdulillah, bahagia bersama keluarga, masa bulan Ramadhan hari tu ayah aku menghadapi saat-saat kritikal, menjalani operation sebab pembuluh darahnya bengkak. Risau sungguh kami. Syukur berkat doa abang di Mekah, doa keluarga dan sahabat2 di bulan Ramadhan, ayah aku masih kuat dan semakin sihat sekarang. Lebih afdal anak-anak iaitu kami adik beradik senang tengok-tengokkan, jadi ayah aku now is staying wif my eldest sister kat Kajang, jadinya nampaknya semuanya berayanya di Kajangnya tahunnya ninya. Itu lah dia.. hikmah disebalik setiap kejadian, bukan mudah kami ni pun nak beraya bersama-sama tiap2 tahun biasanya. Kalo tak, kebiasaanya mesti kurang-kurang ada satu keluarga beraya ngan mertua.
Seperti tiap kali Syawal sebelum2 ni, dgn kerinduan yg amat pada arwah mak, kami tetap terasakan kemeriahan aidilfitri tahun ini. Agak istimewa kot sebab ayah aku semakin sihat, dan kami semua dapat berkumpul.. Yang penting, di hari raya Aqeel gembira, that's all matter to me, he is always my TOP priority all the time! :D


2 comments:
Hello Marlena, even though my bahasa is out of tune, sebelum Merdeka I still enjoyed with a bit of head scratching your lively posting. Love your sense of humour too. Re 'glass half full', ha ha.
Incidentally, I'm guessing your height at 5' 6"?
You have a nice day and keep a song in your heart.
Lee.
Hi Lee,you yourself have a very good sense of humour! & the guess is absolutely rite! tahniah! ;))
Post a Comment