Bismillahirrahmanirrahim..Blog ni paling istimewa buat insan-insan yang saya sayang, you know who you are, juga khas buat kenangan & buat bahan gelak diri sendiri satu hari nanti. Worry less, hope more, eat less, chew more, complain less, breathe more, speak less, tell more, hate less, love more, and everything good in your life will be yours and i will always remember that People are not known for the time they lived, But by the memories they left behind~ Sesungguhnya yg baik datang dari Allah tapi yg tak baik datang dari saya sendiri. Selamat membaca, hope nothing hurts nobody :)

Monday, September 19, 2011

Adakah anda percaya tentang sihir? I do.


Baru kejap tadi terima berita yang mengerikan dan mengejutkan.  Perkabaran yang baru aku terima ialah salah seorang insan yang aku kenali meninggal dunia kabarnya akibat buatan orang/sihir.  Doktor kata jangkitan kuman yang asalnya di perut naik ke kepala.  Ye, itu doktor kata.  Fakta-fakta lain pula rakan-rakan dan jiran arwah mengatakan arwah meracau-racau setiap malam, nampak macam-macam, berperangai seperti budak-budak dan macam-macam. haih macam-macam lah dunia2.  Sayu dan amat bersimpati dengan nasib arwah, moga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.. Alfateha..  

Satu masa dulu aku tak percaya dengan sihir-menyihir ni masih wujud lagi zaman sekarang ni. Waima, satu waktu dulu kakak kandung aku sendiri pernah terkena buatan orang yang tak berperi kemanusiaan ni.  Hatta, aku ingat lagi, time tu lah aku hafal ayat kursi buat julung kalinya.  Tapi aku baru darjah berapa je kot time tu, jadi tak berapa menghayati cuma seingat aku, ia penderitaan dahsyat buat keluarga kami terutama ibu kerana penderitaan yang kakak aku alami..

Arakian, aku sendiri pun pernah mengalaminya..  Tuntas, (wujud tak ayat penghubung ni? ;p) itulah kata orang.. tak kenal maka tak cinta, tak kena batang idung sendiri memang lah tak percaya.  Konon zaman moden, mana lah ada orang nak buat orang dek oi.. nak2 kat KL ni,sapa je lah ada masa nak gi buat ko~ fofuler ker? dialog aku dulu-dulu gak ni.  Sementelah, dengan muka cool tak perlulah aku huraikan lebih lanjut apa yang telah aku terpaksa tanggung, bak kata pepatah. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.  Untuk diingat dan dikenang lagi, macam satu mimpi ngeri pada aku.  Jadi biarlah ia terlipat dalam lipatan sejarah dunia aku. Alhamdulillah.. pada aku, setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ada hikmahnya dan atas izin Allah. Setiap kebaikan atau kemudaratan yang berlaku pada kita adalah dugaan Allah pada hambaNya.  Kalau dugaan itu untuk membuat aku lebih ingat pada Dia, maka, redhalah, anggaplah ia takdir dan Tuhan itu takkan menguji hambanya lebih dari apa yang dia mampu.  Bagi aku, i take it positively, tiada dendam, tiada masa nak gi cari bomoh sihir mangkuk tu balik.  Biarlah yg Satu membalasnya, kerana balasan tak perlu tunggu diakhirat, di dunia sudah kelihatannya pun kan.  Aku cuma berdoa semoga kami anak beranak di bawah lindunganNya, sentiasa.  Amin

Apa yang aku cuba sampaikan, tiada apa yang mustahil didalam dunia ini, tiada yang lapuk dan tiada yang merepek kerana zaman berubah tapi umat Adam tetap umat Adam.  Manusia punya hati, dan hati manusia lain-lain.  Baik diluar belum tentu baik di dalam.  Mungkin orang yang paling baik dan hampir dengan kita boleh jadi orang yang akan mengkhianati kita satu hari nanti.  Sebab tu, masakan sihir menyihir boleh terjadi bila seseorang boleh memasukkan sesuatu kedalam makanan kita?  Tak cukup rapat lagi tu? Itu contoh, tapi kalo ada.. macam-macam cara mereka boleh lakukan.. Jadi berfikiran terbuka dan berwaspada lah sebelum terkena.  Wallahualam.. 

p/s ~memandang kan cerita agak mistik, jadi penggunaan kalo anda perasan kata penghubung  yg 'sanskrit' di gunakan. ahaks ;p ~ tak perasan? chis tak gune. hikss

5 comments:

Lee said...

Hi Marlena, very interesting your thoughts of life. And your bahasa is really first class too.
Wow! You are 5' 6".....Hmmm, not bad, my guess....almost taller than the Petronas Towers, ha ha.
You a model before? Very few with your kind of height and personality....
The Vogue look, ha ha.
Have a nice day.
Lee.

jejaka anggun said...

model????

hmmm.... okebai!

Marlena Aqeel said...

wahahahaha.. nasib baik shaz baca. okebai!

I.N said...

vote for lily.. yeay... model model model...

Marlena Aqeel said...

aku rasa macam nak bagi autograf kat ko skang, Ibnu nafis! muahahahhaa

Post a Comment