Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di dunia..
Betapa pengorbanan seorang ibu tak kan terbalas. Mengandungkan dan melahirkan sahaja bukanlah calang-calang wanita bersedia menanggung ye sayang..bukan lah calang-calang kekuatan diperlukan waktu push korang kuar. bukan sikit-sikit sakitnya contraction sebelum korang betul2 sedia melihat dunia ini. Abis badan solid molid jadi kembang sana sini, tu tak kira beribu-ribu urat putus waktu melahirkan. tak kira gak kena berpantang larang, bagai. kalo sorang 44 hari, kalo 4 org? kena awal taun lahir sorang, ujung taun lahir sorang (walaupun ter-eksiden) Ada sesetengah manusia yg kejam sanggup membuang bayi, tapi ibu kita memilih untuk mengandung dan membesarkan kita dgn kasih sayang. renung-renungkan lah.
Buat Mak,
Sesungguhnya bila Li dah menjadi seorang ibu barulah terasakan perasaan seorang ibu macam Mak, suatu perasaan yang indah.. sanggup melakukan apa saja untuk cahaya mata walau terpaksa menggadai nyawa sekalipun. Dulu tak reti, tak faham. bila sendiri melalui saat-saat menjadi seorang ibu, sendiri mau ingat, org kata. Sumpah Li jadi lebih menghargai kasih sayang Mak, seorang ibu. Ia takkan dapat dinilai dengan wang berjuta. Li takkan dapat tebus dgn apa-apa pun. Nyesal degil dulu. kalo tau mesti Li gud girl je, sepatah pun takmoh bunyi kalo Mak cakap apa-apa.
Tahun ni genap 10 tahun kita tak raikan Hari ibu sama-sama.
Kali terakhir kami adik beradik bawak mak sambut Hari Ibu kat Sunway Lagoon tahun 2000, 2001 Mak pegi tinggalkan kami hampir-hampir pada hari Ibu. Nanti Li cari gambar kenangan manis tu, gambar-gambar tu kat umah mak kat Klang, rasanya. Aqeel pun dah pandai wish Hari Ibu kat Li. Dia tau Li rindu kat Mak. Tapi Li tau Mak nak Li kuat an? 10 tahun Li cuba jd kuat. macam Mak. Masa mimpi Mak genap 100 hari lepas Mak pergi tu dulu kan Li janji ngan Mak, Li akan kuat walaupun setiap detik Li rindukan Mak sangat-sangat.
Mak, anak mongsu Mak ni dah jadi mak org. Mak rehat lah dengan tenang..Jangan risaukan Li ek. Aqeel dah 5 tahun. Aqeel kata dia pun rindu mak, dia kata mesti Nenek syg Aqeel, mesti masak x pedas untuk Aqeel kalo nenek ada lagi. Walaupun dia tak penah jumpa mak, dia pun nanes skali bila Li tengop gambar Mak. dia nak jaga hati Li je kot? dia memang pandai amik ati org tua, kuat modek. Mesti mak sayang dia lebey kalo Mak masih ada. Dia slalu bodek nenet dia kat melawati ngan nenek Tampin. atau memang cucu mak tu dah mengerti. Li sayang mak manyak-manyak. Mak yang tercantik macam pretty woman, Julia robert. Terima kasih kerana membesarkan Li dengan didikan agama, insyaAllah satu hari nanti Li nak jadi ibu mithali. Mak doakan Li dr jauh ek. Li janji akan jaga Aqeel camne Mak jaga Li, InsyaAllah.
Bismillahirrahmanir~rahim..
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa Ibu ku,
kasihanilah ia, lindungilah ia dan maafkanlah ia,
muliakanlah tempat kembalinya pada Mu,
lapangkan kuburnya,
bersihkanlah ia dengan air, salju dan air yang sejuk.
Bersihkanlah ia dari segala kesalahan,
sebagaimana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran,
dan gantilah rumahnya -di dunia- dengan rumah yang lebih baik -di akhirat
serta gantilah keluarganya -di dunia- dengan keluarga yang lebih baik,
dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik.
Masukkanlah ia ke dalam surga-Mu
dan lindungilah ia dari siksa kubur atau siksa api neraka
~ Alfateha buat Ibu tercinta, Asmiar Samsudin

3 comments:
al fatihah tu.. sedih aku baca wei... adieh...
tamoh ar sedey2.. :(
tq darling
Post a Comment