Hari ni pas wat physio tetiba rasa teringin banget nak makan coklat Cadbury (muka buat-buat tak reti ) Semenarnya masa tengah wat physio tadi misi-misi kat luar tu dok sedap cerita-cerita pasal coklat. Perut aku pulak tengah lapo, gatai buat fisio time lunch pulak tu, sesuap nasi blom masuk ke perut pulak tu. Jadi kira cukup lah alasan aku nak jadikan untuk terbayangkan coklat tanpa sekelumit rasa besalah. Dek teringin sangat, pas makan kenyang-kenyang nasi campur kat area Spital Ampang Puteri (alah seblah skolah ISKL, ada 7e~ masuk kiri, ha aku makan kat fud court situ la) Ada pulak tu 7E situ. Memang sajalah nak merosakkan diet aku kan?
Hajat dihati nak makan ceklat yang besar, tapi memandangkan aku janji kat Aqeel aku nak diet, aku beli yang kecik je. Betul ni, last ni makan coklat selepas makan nasik, i janji. Pasni tak buat dah. Aku pun terbeli.. alah yang kecik je, terbeli dua. Yang penting, aku kena habiskan seblom jumpa Aqeel, dia kejam sekarang selamba sound soh momi dia diet 20kali. 20 kali?? Malam siap tak izinkan aku makan tu, itu budak. Seyes.. budak-budak sekarang ;p
So diet aku yg rosak ni sapa salah? ceklat tu salah? nurse fisio tu salah? 7eleven salah? atau Aqeel yang bersalah? ~ aku tak salah..
ni salah sorang saspek~

2 comments:
aku yg bersalah - to'ki
to'ki ke tok wan?
Post a Comment