Bismillahirrahmanirrahim..Blog ni paling istimewa buat insan-insan yang saya sayang, you know who you are, juga khas buat kenangan & buat bahan gelak diri sendiri satu hari nanti. Worry less, hope more, eat less, chew more, complain less, breathe more, speak less, tell more, hate less, love more, and everything good in your life will be yours and i will always remember that People are not known for the time they lived, But by the memories they left behind~ Sesungguhnya yg baik datang dari Allah tapi yg tak baik datang dari saya sendiri. Selamat membaca, hope nothing hurts nobody :)

Wednesday, June 6, 2012

Ucapan paling touching, bagi aku.


Baru aku perasan tajuk entri ni terbiar je dalam 'draft' sejak end February lalu ke awal March, tak lama sebelum aku menikah.  Agaknya tak jadi nak post sebab aku terkedu kot masa tu.  Dah rasa taching sangat la katakan. Orang kata kalo dah niat kena teruskan tak bek simpan-simpan, lagipun no harm lah. Benda dah lepas is past.  Suka-suka blogging je sebab blog aku, bagi anak-anak baca bila depa dah besar dan depa faham prinsip momi depa.  Tiada siapa yang dapat pisahkan depa dari ayah dan ibu bapa mereka. eh lari tajuk.

Ucapan taching yang dimaksudkan pada masa itu ialah ucapan selamat pengantin baru dari ex-suami aku iaitunya dedi kepada Aqeel, seseorang yang aku hormati dari dulu hingga sekarang.  Julung-julung kali kot buat entry yang ada kaitan secara langsung dengan ex. hehe.  

Eh buat entry ni suami tak jeles ke? 
Jeles laaa sapa kata tak jeles, tapi lebih tau dia akan aku ni macammane mungkin mewaraskan rasa jeles itu.
That's what he loves about me. 
*ye-ye je aku* haha.

Ok, back to topik.  Ye lah, hati mana tak sebak, korang cuba bagi kad jemputan kat ex-boigpeghen masa skolah pun dok sebok teghiak (nanges), ni kan la kami yang punya anak bersama.  Pulak tu kami berpisah secara baik, sejak berpisah tak ada pulak kami bersengketa, sms maki hamun apatah lagi berebutkan anak. 

La, dah takda sengketa pasai pa cerai? Pasai pa tak rujuk balik? 
(mesti korang kepochi dalam hati kata lagu tu an an an? haha ye la kalo aku pun just for the sake nak sebok)  

Korang pernah baca tak buku 'Bercakap dengan jin' atau  buku 'Kelapa nan sebatang' Ha cerita nya lebih kurang macam tu lah.  Misteri sangat! *tipu* 

Pejam celik many years have gone.  So fast wey! Rasa macam baru setahun.  Tiba masa sampai seru aku berkahwin semula dengan suami yang baik hati lagi budiman (amik hati la balik, kot lah suami jeles sudah ;p) Aku tak lupa bagi kad jemputan kawen kat bekas suami dan keluarga bekas mertua, agak pelik nak sebut bekas mertua sebab derang masih dan sentiasa macam keluarga aku sendiri, tapi untuk mengelakkan kekeliruan mertua yang baru, ate asal faham2 udah la ye.  

Nak jadi cerita, masa nak post entry ni ialah hari yang sama aku nak bagi kad jemputan ari tu.  Kad yang bergambar aku dengan suami baru tu? Iye.  Bagi kat ex husband ngan ex mentua? Iye. By hand? Iye.  Bila?  Masa antar Aqeel la, kan hari-hari memang antar kat derang kalo siang aku keje. Selamba? haah la. 

Cuma, hapeee ?? nak bagi kad kawen eh bukan bagi beg sekolah Aqeel.  Dalam hati ni Tuhan je yang tau masa tu, masa tu la. masa ni dah ok dah.  *sumpah*.  
Masa tu rasa sedih, sebak, saspen, bercampur baur.  
Lagi sebak bila ex suami sempat berpesan suruh aku jaga diri  baik-baik, selamat pengantin baru, beliau kata beliau percaya suamiku nanti (iaitu suamiku sekarang) memang mampu menjaga aku dan membimbing kami anak beranak sebaik-baiknya.  Semoga aku berbahagia dan dia doakan Aqeel mendapat didikan dan bimbingan yang lebih sempurna dari segala apa kekurangan dia waktu kami  bersama dulu. wuwu..(kan nak nanges, masa tu) 

Kan aku dh kata, touching. tak ke? Pada aku masa tu taching sebab untuk melalui alam perkahwinan sekali lagi bukan lah satu perkara yang main-main. Aku seyes. Aku bukan suka-suka punya orang.  Bukan jenis suka-suka  kawin suka-suka cerai.  Tapi segala perancangan Allah itu aku redha.  Kami anggap masing-masing ada kekurangan dan kelebihan sendiri, cuma jodoh kita tidak berpanjangan, itulah sebenar-benarnya yang tertulis di marhallah.  Itu saja.  Sebagaimana dia mendoakan, aku juga mendoakan Dedi Man akan bertemu jodoh dengan seorang wanita yang lebih baik, dapat membahagiakan dan dapat menjaga dia sebaik-baiknya. Amin ya rabbalalamin..

p/s kami akan tetap saling menghormati dan telah berjanji sama-sama membesarkan Aqeel sebaik-baiknya.  Amin.  Husband, terima kasih kerana memahami dan menganggap Aqeel seperti darah daging sendiri.  Love you both forever.   

No comments:

Post a Comment