Alhamdulilah tup-tup dah 2 minggu melayari alam rumahtangga. Syukur.. majlis perkahwinan kami berjalan lancar walaupun ada beberapa insiden dan kesilapan teknikal yang agak mengugat kesabaran jugaklah di tengah-tengah persiapan tapi syukur sangat-sangat benda baik, semua selesai dengan baik : )
1 March 2012, sebulan seblom wedding day,
Aku pegi fitting baju dengan suami yang masa tu tunang. Sepatutnya baju kami hari tu warna putih pink with beautiful and elegant beaded flawless chiffon gown macam tuan puteri turun kayangan, bajek boleh dapat sejibik seperti gambar yang aku bagi. Sekali... dia guna material lain yang terus mencacatkan flawless gown yang aku idam-idamkan dah jadi macam gaun pengantin cina yang keras tuh, kalo setakat nak pakai gown keras camtu baik aku gi butik kawen cina kot? Nak nanges dah masa fitting tu. Hasilnya? One word, Dissapointing. Tak seperti gambar yang aku bagi, sabar je lah. Kalau nak buat baru memang tak lah sebab masa dah suntuk dan mak andam nak pegi umrah. So, kami takde pilihan selain pakai je baju ready made yang butik tu ada eventhough pakej yang aku bayar is 'new custom made wedding attire' ye. *frust giler* Baju-baju ready made pun~ nan hado but well, nak buek camno.. pasghah.
3pm, 30 March 2012, Kajang, harinya bakal menikah pada jam 5.30pm ~
3pm, Videografer dari Omm Production dan Fotografer dari Petik Detik dah sampai, tapi yang nak mekap aku nya tak sampai-sampai, *dahi berpeluh* takkan aku nak mekap sendiri kot? *hangin satu badan*
Nak masuk pukul 4.30, hati dah setat menyumpah-nyumpah sebab masih tak sampai kawan aku yang sepatutnya jadi mak andam. Nak dijadikan cerita, fon aku pulak takda batteri tapi alamat semua dah bagi. Ni lah dia kalau bagi job kat kawan-kawan. Langsung tak profesional, aku nikah pukul 5, tapi 4.30 beliau tak sampai lagi. Boleh? Spoil terus mood dihari bahagia, Allah je yang tahu. Dengan rushing-rushing dan taknak amik risiko aku ngan kakak aku terus pegi ke butik berdekatan untuk mekap, kena paw la jawapnya dah pegi mekap last minute kan... Hasil mekap kakak tu pulak pun, one word, Kesian. memang aku tak berkenan. *sentap gile* tapi again, pasghah.
Hari yang sama, jam 5.30pm, sesudah solat Asar
Alhamdulillah dengan sekali lafaz dan bacaan taklik, aku sah bergelar Isteri kepada Mohd Nashriq *sayang hubby* ~ Jelas perasaan terharu di wajah suami tersayang buat aku pun terharu. Alhamdulillah. Semoga Allah memanjangkan jodoh kami ke akhir hayat dan semoga dia lah imam yang dapat membimbing kami. Amin.
31 March 2012, Majlis persandingan di Bora Ombak dengan baju yang 'ready made' tadi, Nasib baik tak lari tema kaler pelamin. Hujan agak gerimis jam 1130 pagi tu, bagai merahmati majlis kami. Amin.. Tepat jam 12 family dah berkumpul kat Bora Ombak menunggu kedatangan tetamu. Kat seblah pulak, Sport Planet ada event Berita Harian, jammed, parking sangat crowded. Aku & suami bersiap kat Flamingo Hotel berdekatan. Dalam jam 1.30 ktorang gerak dalam gerimis mengundang tu, sampai2 ujan berenti, kan aku dah cakap. Tapi memang jalan jammed luar biasa hari tu. Mesti sume orang ingat jammed sebab wedding aku. hahaha *perasan*
Alhamdulillah apa-apa pun detik2 itu rasa bermakna sebab dapat bersama family, kawan-kawan yang sanggup datang dari jauh dan dekat, dari Sarawak, Johor, Perak, Perlis, Kuantan, Negeri Sembilan. Terharu gile seh. Syukur, aku rasa disayangi dan dihargai oleh kawan-kawan yang kenal aku, semua dah kawan lama dan sangat lama bukan lama sikit-sikit. Emcee hari tu pun adalah antara dua orang sahabat yang aku sayang dalam hidup aku, Shaz dan Kak Gee. Yang pasti, kerana korang semua, akan aku kenang hari bahagia tu sampai bila-bila : )
7 April,
Persandingan kami di Perak, meriah dan sangat-sangat best! Can't wait for our wedding album and full version cd of pics taken! : )
30 March 2012 ~ nikah day
Sesudah sah ~
31 March 2012, Persandingan di Bora Ombak
7 April ~ Persandingan di Perak
Yahuuuuuuuuuuuuuu ~ : D







No comments:
Post a Comment