Bismillahirrahmanirrahim..Blog ni paling istimewa buat insan-insan yang saya sayang, you know who you are, juga khas buat kenangan & buat bahan gelak diri sendiri satu hari nanti. Worry less, hope more, eat less, chew more, complain less, breathe more, speak less, tell more, hate less, love more, and everything good in your life will be yours and i will always remember that People are not known for the time they lived, But by the memories they left behind~ Sesungguhnya yg baik datang dari Allah tapi yg tak baik datang dari saya sendiri. Selamat membaca, hope nothing hurts nobody :)

Friday, March 2, 2012

Ringing the Wedding Bell ; )

Today, 1 March 2012. About sepurnama lagi tibalah harinya pernikahan aku dan si dia, encip tunang tersayang.  dup dap dup dap.  Entry seblom ni aku dah janji nak update, dan aku memang jenis pegang pada janji ;)

Kad undangan baru hari ni aku setat gelabah-gelabah nak edar, yang kawan-kawan lama mostly kat Johor dah aku pos kan minggu lepas, kat KL pun ada gak yang di pos kan.  Memang zaman sekarang senang main jemput kat FB je or sms tapi preferably mana yang sempat dibagi kad, aku bagi lah  by hand (kalo dekat) dan pos (kalau jauh).  Melainkan yang tak dapat dihubungi tu terpaksalah dijemput kat FB je ye.  Distribution kat ofis hari ni, merah  panas je rasa pipi ni.   Pemalu biasa lah ;p Semenjak dua menjak ni stakat skek-skek kena panggil 'perantin' tu bagaikan sarapan pagi yang wajib aku amik. takpe takpe i rela. hiks.

After 4 Bulan since 20.11.2011 kami bertunang, hari yang ditunggu bakal tiba, kad pun dah edar, jadi boleh la pengumuman tarikh resepsi hari bahagia kami dibuat, iaitu resepsi persandingan pada 31 Mac 2012 di Bora Ombak untuk sebelah aku.  Majlis pernikahan akan berlangsung sehari sebelumnya, iaitu 30 Mac 2012 di Kajang, InsyaAllah.

Seminggu selepas tu, 7 April pulak majlis bertandang di kampung bakal somi kat Perak.  Yang kat Perak, bakal mertua sedang bersemangat dengan persiapan *terharu*, mak ngan pak mertua sporting! i loike : )

Anyway, the reason aku pilih Bora Ombak sebab ada sentimental sentimennya ;p Itulah tempat kami selalu minum-minum petang satu masa dulu masa 'friend-friend' sambil  menikmati angin sepoi-sepoi ala-ala tepi pantai katanya, sambil bersila layan fesbuk minum hot tea sama strawbery shake.  Very nice and peaceful place to chill, peace of mind peace of all.  Kebetulannya starting bulan March 2012, Bora Ombak will be fully renovated for wedding wedding event & private function, jadi tiada lagi pondok-pondok Bali macam dulu pasni *frust*.  So, Alhamdulillah akan kami abadikan tempat kenangan itu sebagai kenagan abadi hari bahagia. acehwah.

Another reason aku pilih venue tu sebab itu lah tempat paling sesuai untuk majlis aku yang ala kadar, kalau buat kat rumah satu taman perumahan pulak mak nak kena jemput uols, segan kot satu taman perumahan? Biar lah kami buat majlis yang sederhana untuk keluarga dan sahabat terdekat yet memorable. InsyaAllah.. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin..

p/s ~ as for now cenderahati untuk tetamu tak siap lagi!

Lokasi berlangsungnya..

ni kad undangan kami, kad ni kena dilipat, jadinya calendar tu kat belakang lah ye, suka tak suke kena pandang gak muka we ols jadi calendar gegerl & boboi. ahaks

Ini pulak banner majlis kami nanti. 

Doakan Kasih Kami Berpanjangan. Amin..

2 comments:

Post a Comment