Bismillahirrahmanirrahim..Blog ni paling istimewa buat insan-insan yang saya sayang, you know who you are, juga khas buat kenangan & buat bahan gelak diri sendiri satu hari nanti. Worry less, hope more, eat less, chew more, complain less, breathe more, speak less, tell more, hate less, love more, and everything good in your life will be yours and i will always remember that People are not known for the time they lived, But by the memories they left behind~ Sesungguhnya yg baik datang dari Allah tapi yg tak baik datang dari saya sendiri. Selamat membaca, hope nothing hurts nobody :)
Tuesday, February 14, 2012
Tentang Haris Aqeel
Antara sifat-sifat, tabiat dan peel anak saya yang bernama Haris Aqeel.
Masa baby, time tido kepala Aqeel akan senget mendongak macam dalam perut, dan dia akan menghasilkan bunyi "brrrrrrrrrrrrrrrrrr" macam bunyi kuda menggelupur tu. Bila umur 2 tahun bunyi tu ilang ditelan zaman kot.
Aqeel sangat tak reti dok diam, ada je pergerakan tangan, mulut dan kaki yang akan berlaku, even bila kesemua disebut tadi tak bergerak, otak dia pulak akan berimaginasi, ini dibuktikan lepas dia dok diam je dia akan tanya aku dengan pelbagai soalan-soalan yang menandakan mmg dia tengah berpikir sesuatu lah tadi. Kadang penat nak layan.
Kedua, Aqeel paling suka dinosor. Mainan dinosor, buat gaya dinosor segala mala tentang dinosor. Aku rasa kalau sekarang ada dinosor, dia dah bela dah kot. Aqeel paling tak suka lipas. Dia akan melompat tinggi-tinggi dan menjerit kalau nampak lipas walaupun dari jauh. Kalau nampak dalam tandas, selagi tak bunuh lipas tu depan mata dia, dia takkan masuk tandas itu.
Ketiga, Aqeel akan menggelabah bila esok sekolah tapi sesuatu homework, exercise atau spelling, atau bacaan yang diberi teacher dia belom siap atau belom prektis. Kalau dia tidur rumah nenek, dia akan lagi lebih risau, sebab dia tak berapa rajin buat homework kat rumah nenek dia, dia suka buat homework dengan momi saja. Dia anggap orang lain taktau apa yang dia belajar selain teacher dan mominya saje yg tau. Dia punya risau tu annoying, kadang-kadang.
Dia sangat particular tentang ayat yang digunakan bila berkata-kata. Salah satu yang sangat obvious, Aqeel akan meminta maaf dulu sebelum menyebut perkataan "aku". Pada dia bahasakan diri sebagai aku tu dah kira kasar sangat lah tu. Dia akan siap mintak izin dulu bila nak bercerita, contohnya membacakan dialog 'Hey manusia, aku nak makan ko..(kata raksasa) tapi Aqeel akan mintak maaf dulu bila nak bacakan dialog tu sebab ada perkataan "aku" didalamnya. Ini selama umo dia 6 tahun ni. Lepas ni taktau lah.
Aqeel ni agak kurang sabar orangnya. Dia cepat fed-up dan cepat boring. Nak pakai seluar atau bukak seluar tapi ketat atau tersangkut pun dia dah berangin. Lagi-lagi kalau dia nak cepat. Hahaha.
Walaupun begitu, Aqeel seorang yang bermuka ganas tapi dalam hati ada taman, dia sangat sensitif dan penyayang. Dia mudah tersentuh bila tengok iklan ataupun drama-drama tentang ibu dan anak. Tetiba dia akan peluk momi kata dia sedih. Mende-mende begini mudah mempengaruhi emosi dia. Selain itu, Aqeel akan sentiasa sebut-sebut nenek kadang tersasul panggil aku nenek kalau tak jumpa nenek dia lebih dari 2 hari, dan nenek pun cakap mende sama kalau dia tak jumpa momi dan siapa saja yang dia sayang.
Aqeel sangat mengingati nama orang dan tabiat orang yg dia jumpa. Apatah lagi kalau orang tu ada trademark, contohnya salah sorang kawan baik aku bernama Ju, dulu Ju sekali je buat bunyi "aiyaiyaiyaiyaiiii" kat Aqeel, masa tu umor dia baru setahun lebih ke dua tahun. Sampai sekarang Aqeel masih ingat trademark Ju itu dan buat bunyi aiyaiyaiyaiii bila nama Ju disebut. Memori dia agak kuat.
Aqeel paling cuak dengan teacher kat sekolah. Kalau apa teacher cakap tu dia memang amik seyes. Kalau teacher cakap 'sapa tak bole 'spell' esok tak boleh balik umah'. Dia memang tak boleh tido semalaman dibuatnya. Dia risau. Kat sekolah teacher panggil Haris, kat rumah semua panggil Aqeel.
Aqeel akan bagi salam dan sedekahkan Alfatehah SETIAP kali lalu mana-mana kubur. Ada skrip yang dia dah hafal bunyi begini. "Assalamualaikum, tumpang lalu ahli keluarga kubur, sedekahkan alfatehah utk ahli keluarga kubur, utk Nabi Mohammad SAW (ayat penuh ya), utk arwah ibu momi, utk anak-anak yatim, untuk kucing, nenek, atok, seluruh muslimin dan muslimat, semoga roh mereka aman. alfatehah.." Seyes. Itu skrip wajib dia tiap kali lalu kubur walaupun terpaksa sampai ke ujung trafik lite. Dia akan marah kalo momi tak baca fatehah selepas skrip dibacakan, atau kalau dia malas momi yg kena baca skrip itu. Nasib baik aku dah hafal skrip jugak.
Aqeel akan baca doa tiap kali nak tido, dia tak boleh tido kalau tak baca doa. Doa wajib dia, Alfatehah, Tiga Khul, Ayat Kursi, dan satu skrip (lagi) doa yang begini bunyinya ( juga of cos aku pun dah naik hafal) "Ya Allah ya Tuhanku, ampunkan dosa-dosa mami Aqeel, ampunkan dosa2 dedi Aqeel, murahkan rezeki momi ngan dedi, panjangkan umo mami ngan dedi, bagi lah mami banyak duik, jauhkan lah momi, dedi ngan Aqeel dari syaitan dan iblis. Amin." It's touching :'(
Tiap kali nak tido Aqeel akan mengadu lapo walaupun dia dah makan malam. Kena la masak jugak untuk dia kalau dia dah lapar walaupun cuma goreng telur dan nasi. Kalau dia tengok aku dah penat dia mintak maaf dulu seblom ngadu lapar, tapi takkan aku nk biarkan anak kelaparan. apa saja untukmu sayang..apa lah sangat setakat bagi Aqeel makan tetengah malam tu dibandingkan doa-doa tulus anak momi untuk momi.
Aqeel suka kata cita-cita dia nak jadi Ustad Rock atau pun Pelumba Go-kart. hehehe..
Momi akan terus perhatikan tiap peel Aqeel selagi momi bernyawa. Moga Aqeel terus jadi anak yg soleh dan berguna pada bangsa dan agama kita. Semoga momi dan dedi mampu membimbing Aqeel sebaiknya. InsyaAllah.
P/s, saje momi buat entry ni supaya sampai bila-bila Aqeel tau camne Aqeel masa kecik, i'm proud of you sonny, jangan lupa diri sampai bila-bila eh sayang :)

No comments:
Post a Comment