Aku ni menarnya tak penah bagi perhatian langsung or 'tak amik port' orang kata kat mamat sepet bernama Khairul Fahmi a.k.a Apek ni selama ni. Naik pelik gak aku hape la yang derang dok beriya sangat bagi publisiti kat mamat ni je seorang, sana-sini, paper muka depan, paper muka belakang, kat muka buku, jangan cite lah, asik ke muka dia, ke muka dia je manjangnya. Pemain-pemain harimau muda yang selainnya pun banyak gak hemsem-hemsem kot (taknak sebut nama sebab fokus tajuk hari ini Apek saje ;p) . Hape ke tah yang spesel sangat si Apek ni, macam muka cina-cina yang jual DVD tu je aku tengok. Tapi memang aku tak nafikan lah dia memang berbakat dan seorang penjaga gol yang sangat bagus, dapat pengiktirafan 'gol keeper' terbaek Asia baru-baru ni, hokey.. Apa pun kehebatan Apek, aku pun tabik spring. Cuma like i said, yang aku heran tu sana sini orang pempuan ni tergila-gilakan Apek, hemsem katanya? Putus tunang pun kecoh muka depan paper walhal tengah sebok-sebok kes rogol bunuh bagai kat Malaysia ni, aku rasa macam.. eh hade aku kesah ke kau putus tunang? Sampai kan ke bekas tunang dia pun glemer sekalik weh! Tetiba dah macam selebriti pulak si cek mek kelate pemilik blog jemari runcing dek kerana populariti si Apek. Anyway, Malaysia menang melawan Indonesia dlm sukan SEA hari tu pun aku rasa bukan atas sebab dia sorang nya la pon, tapi bagaikan dia saja yang disebut-sebut dan digilai oleh ramai femfuan. Oh, atau apekah sebab sekarang trend Kpop kot (kata aku dalam hati) Muka dia kan macam jepun, ala-ala pelakon korea *pandang atas tangan kat bahu*,
Tetapi...
Ada tetapi ye,, satu hari member aku letak gambar kat bbm beliau cover magazine di atas ^
Aku jugek terus terpana, giteww.. Mak pun makan hati teros tawww ~ sejak itu aku pun tak pasal-pasal follow cerita mamat sepet ni. haih. Apek oh Apek! *grin*
Tetapi lagi..
p/s .. Hape pun, dihati ini tunang i tetap lg hemsem dari Apek tau, sebab tunang i baik, lagi satu sebab dia tunang i, ihiks ;p

2 comments:
DENGAR TU APEK SAPA LG HANSEM EKEKEK ASEH MY LOVE
x hensem pun...
Post a Comment