Bismillahirrahmanirrahim..Blog ni paling istimewa buat insan-insan yang saya sayang, you know who you are, juga khas buat kenangan & buat bahan gelak diri sendiri satu hari nanti. Worry less, hope more, eat less, chew more, complain less, breathe more, speak less, tell more, hate less, love more, and everything good in your life will be yours and i will always remember that People are not known for the time they lived, But by the memories they left behind~ Sesungguhnya yg baik datang dari Allah tapi yg tak baik datang dari saya sendiri. Selamat membaca, hope nothing hurts nobody :)

Wednesday, November 2, 2011

Kasut-kasut peberet

Orang kata kalau pakai serebeh-serebeh pun tapi kalau kasut smart terus penampilan kita jadi smart.
Iye ke? Patut la Din Beramboi pakai seliper jepun cap payung beliau kat lengan.  Hensem brader Din Beramboi tu. Pujaan hati aku dari sekolah-sekolah tu.  Aku selalu temankan beliau main berudu kat lopak air depan sekolah agama dulu. 

Saje je nak tunjuk fesyen kasut kesukaan aku, mana tau korang nak bagi adiah nanti senang boleh pilih je yang macam aku suka di bawah. ahaks ;p

cantiknya..

gojes!

Tiga-tiga gambar diatas dipanggil ballerina shoes. comel an?  
Kasut camni selesa aku pakai gi mana-mana, kalau boleh gi ofis pun nak pakai camni, tapi tak berapa sesuai, untuk aktiviti kasual, boleh. Aku ada banyak dah koleksi ballerina shoes, tapi bila dah selesa aku slalu pakai 2-3 yg sama tu je, yang lain-lain tunggu masa berkulat tak bersentuh pastu penyakit lupa pakai datang, sampai dia mereput sendiri. 

Dari zaman remaja ke zaman dah tak berapa remaja aku memang suka pakai leather boots yang cutting beliau cam gambar atas ni, kena dengan seluar pakai gi ofis pun smart.  Tapi aku prefer kaler coklat, aku ada satu feberet skalik aku beli kat US, sangat selesa dan boots tu dah jadi boifren setia aku sekian lama sampai nak koyak, bila aku cuba cari pengganti dia, sampai kiamat kot aku takkan jumpa sehensem tu.  Puas aku ronda, tak ketemu gak, jadi  buat masa ni takyah pakai lah, bukan ada salji pun, lain la satu hari nanti aku nak gi konsert rock kot.  Dah lama gi ofis tak pakai boots.

Cantik gak dia ni.. 

Aku memang suka gile kat budak aku panggil 'yellow' ni. Tapi takda occasion sesuai aku nak pakai sokmo.





Ha kat atas, 4 'budak-budak wedges' namanya,  susah nak dapat wedges yang menepati selera aku.  Sebab aku suka yang tak tinggi sangat.  Wedges tu kasut yang ada tumit tapi tapak dia seperti digambar, dia lebar sampai ke tumit.  Ni lah fesyen kasut yang aku selesa dan suka utk pakai gi ofis, (sebab takda pilihan), dalam keta aku bukak balik pakai sliper or balerina shoes semula ;)  

Ada nampak kasut high heels yang tirus-tirus panjang-panjang tu dalam gambar? Takda kan? Tu maknanya aku tak suka.  Tapi kadang-kadang terpaksa pakai untuk sesuaikan diri dengan majlis dan pakaian aku disesuatu masa. Heels yang tumit rendah, aku ok though.

P/s, aku ada masalah kalau jumpa kasut.  Masalahnya, problem.  Malaslah nak besar-besarkan apa problem nya.. ;p

No comments:

Post a Comment