Bismillahirrahmanirrahim..Blog ni paling istimewa buat insan-insan yang saya sayang, you know who you are, juga khas buat kenangan & buat bahan gelak diri sendiri satu hari nanti. Worry less, hope more, eat less, chew more, complain less, breathe more, speak less, tell more, hate less, love more, and everything good in your life will be yours and i will always remember that People are not known for the time they lived, But by the memories they left behind~ Sesungguhnya yg baik datang dari Allah tapi yg tak baik datang dari saya sendiri. Selamat membaca, hope nothing hurts nobody :)

Friday, July 29, 2011

Pendengar terbaik ke baik tak dengar?


Kadang bila kita tertekan meruap-ruap hati nak luah kat orang an?  Tapi tak semua antara kita adalah pendengar yang baik.  Manusia yang normal tak akan punya lah.. setakat dengar luahan masalah orang then dia boleh buang begitu saja cerita yang dia dengar apatah lagi yang didengar adalah masalah peribadi orang yang kenal rapat, contohnya kawan baik, adik beradik dan sedara mara. Dengar cerita artis yang takda kena mengena dalam idup pun ada orang yg penat pikir inikan pulak kita kenal an?

Lumrah nya ada 3 kategori je para-para pendengar ni. Iaitu ketama,orang yg akan mendengar, pastu dia balik, dia pulak pengap masalah yang dia dengar tu dan penat fikirkan bagi pihak, then dah lama-lama baru dia terlupakan dengan sendirinya.  Yang kedua, dia dengar dia akan bagi nasihat terus, tu biasanya sebab dia malas nak dengar sangat.  Pastu abes, dia rasa bertanggungjawap menasihati bila dia dilantik sbg pendengar walhal orang tu takat nak bercerita je bukan nak dengar ko membebel. Jenis ketiga, dia akan dengar dan bila balik tak tunggu lagi dah, terus roger-roger sapa yang patut apa yang dia dengar, ataupun dlm satu tempoh masa dia pengap tapi lama-lama tak tahan. dia tetap akan bercerita hal itu pada orang lain yg dia percaya (dlm keadaan sedar atau tak sedar). lebih teruk cerita pada sapa-sapa saja dia suka. walhal dah diamanahkan untuk menyimpan rahsia. 

Spesis mangkuk ketiga lah paling musibat sekali. jenis tak boleh dengar cerita org, mesti dia menyampai. bukanlah dia nak menyampai sangat, tapi tanpa sedar tu mungkin sebenarnya adalah cara dia nak keluarkan semula apa yang derang dah dengar, supaya kepala derang tak lagi dibebankan dengan masalah org yg dia dengar tadi.,itu sebenarnya kot.  (try to think positive)

Anyway, ketiga-tiga adalah normal. Takda yang tak normal melainkan dalam norma-norma biasa. nak-nak org pempan.  dia rasa beban sungguh nak simpan rahsia orang.  Kalo lelaki ye kot dia boleh dengar telinga kiri kuar telinga kanan.  Aku blom abis study lagi spesis lelaki mendengar problem org ni.  

p/s ; sebab tu aku lebih senang lepak dan borak dengan kawan lelaki dari perempuan sebab lelaki jenis dengar telinga kanan kuar telinga kiri. tapi lelaki sejati je, lelaki tak sejati kalah pempuan pun ramai zaman skang ni. mulut kalah puak zionis. hati-hati lah dengan siapa anda meluah perasaan supaya kelak tak merana badan.

No comments:

Post a Comment