Tengah bosan-bosan terindu sangat kat buah hati aku. Teringat pasal malam kelmarin. As usual lepas solat sama-sama, Aqeel akan salam aku dan duduk baca doa seblah aku. Doa standard dia tu lah.. Doa standard tu apa? kalo ada yang tak pernah follow cite ni, doa standard Aqeel ialah yg dah macam skrip kat telinga aku sebab aku pun dah naik hafal, doa yang sama yang dia akan baca berulangkali pas solat (solat dia belum perfect betul lagi) dan doa standard setiap malam nak tido selepas dia baca alfateha, 3 kul dan ayat kursi (banyak kan aqeel kena baca? ) yes, once in a blue moon kalo dia tertido dalam kereta dia akan pesan, momi tolong bacakan doa untuk aqeel tau, aqeel tak larat. he.. Ok, doa standard dia tu macam ni,,
"Ya Allah ya tuhanku, murahkan la rezeki mommi aqeel, bagi la mommi aqeel banyak duik, ampunkan dosa-dosa momi aqeel, jauhkan la aqeel, momi dan dedi dari syaitan dan iblis, aminnn. terima kasih ya Allah." Ha ni memang doa dia hari-hari, mula-mula dengar dulu aku rasa kelakar sangat. tapi dah lama-lama dah biasa, rasa macam suara yg wajib aku dengar setiap malam sebelum mata terlelap.
Tapi malam kelmarin, ada satu lagi doa aqeel sambung lepas kami solat magrib. Doa itu buat yuyu & yoyo. Aku belum berkesempatan nak gtau dalam blog ni masa aqeel baru bela ikan namanya yoyo & yuyu. derang tu kuat gado, yg sekor tu ala-ala pejuang berani mati siap melompat kuar aquarium, aku balik jumpa dah bawah peti sejuk.tapi tak mati lagi. akhirnya baru sebulan aqeel bela yoyo & yuyu derang kembali ke rahmatullah.. Aqeel sedih. tapi dia kaber air mata dia depan aku, pi lari masuk bilik bila tau yuyu mati. yoyo dah mati 2-3 hari seblom tu dia ok lagi.. tp bila yuyu pulak mati , bergenang air mata dia. So kesedihan tu terluah waktu dia berdoa seblah aku. pas doa standard aqeel sambung doa dia camni..
"ya allah letakkan la yuyu ngan yoyo dalam kolam yg cantik kat syurga, ramai kawan, jumpa kan la dia dgn ibu dan ayah dia. tempat kan dia dgn ikan2 yg beriman dalam syurga. bagi la yoyo ngn yuyu happy. amin. terima kasih ya Allah."
Aku kat seblah rasa terharu, dengan doa anak momi. Walaupun sikit sebanyak aku rasa dia copy doa aku buat arwah ibu, tapi aku tetap bangga punya anak yang punya perasaan kasih sayang terhadap binatang sekalipun. Moga-moga bila momi takda Aqeel sentiasa doakan momi eh sayang..
gambar si buah hati momi yang takda kena mengena dgn jalan cerita ;p

No comments:
Post a Comment